Sejarah awal KVSAS bermula pada tahun 1962. Pada asalnya sekolah ini dikenali sebagai Secondary Continuition School Sekolah Pelajaran Lanjutan yang menumpang di bangunan SRJK (C) Choong Hua, Banting dengan Guru Besar pertamanya Encik G. Vadiveloo. Pada masa itu, sekolah ini mempunyai dua aliran iaitu aliran Inggeris dan aliran Melayu.
Pada tahun 1964, empat blok bangunan dibina di atas tapak seluas dua ekar. Pada tahun 1969 sekolah ini dinamakan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Telok Datok. Pada tahun 1972, sekolah ini dinamakan Sekolah Sultan Abdul Samad atau ringkasnya SSAS sempena nama Sultan Selangor keempat.
Pada tahun 2013, SMK Sultan Abdul Samad telah dinaiktaraf menjadi sebuah kolej vokasional yang dikenali sebagai Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad. Pengambilan pertama pelajar kolej vokasional bagi program Pengurusan Perniagaan dan Seni Kulinari adalah seramai 60 orang.